Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab aku dah selamat melahirkan umat Nabi Muhammad pada 21 Mei 2013. Wow!! dah 4 bulan lebih baru nak hapdet blogkan. Nak buat macam mana, time2 macam ni agak busy dengan jadual baru. Ok la aku cerita sikit detik2 kelahiran permata kami ni ya..
20 MEI 2013
Ok, nak diikutkan tanda2 keluar pada hari Isnin ni la. Macam biasa pagi2 bila sampai opis tempat first yang akan dituju adalah tandas. Paham2 je la org pregnant ni mmg kerap buang air. So time ni da nampak tompok darah. Nak cakap darah pon tatau la sebab warnanya ceklat. Aku agak konpius disitu sebab nak ikotkan sepanjang aku hamil, alhmdulillah aku tak pernah bleeding. Aku try mesej En.Botak dan mak aku. Punya la depa risau mau setiap jam call tanya perkembangan. Aku bagitau ok je la sebab tak rasa sakit pape just perut mengeras sekali sekala. Bos pulak bagi balik awal takot aku terberanak kat highway. Jalankan jem ptg2.
Balik tu suruh En.Botak balik awal sebab ngidam nak makan kambing, tapi dia ingat kambing fresh tu, disuruhnya la keluarkan pembakar dan arang sebab dia nak pegi beli daging kambing kat tesco. Aku pulak konpius sebab apehal laki aku ni rajin bebenor nak panggang bagai. Aku kata mkn lamb chop kat syed bistro tu je la yg penat2 nak panggang tu apehal. Tak pasal je kena bebel dengan dia..muehehehe..
Lega gila dapat mkn kambing. Itu hati ada riang2 juga..
Tapi malam tu hati aku memang dah terasa nak beranak esoknya so kelam kabut jugak la duk mengemas barang2 ibunya. Barang anaknya memang dah prepare awal.
21 MEI 2013
2 a.m - tengah sedap2 tido terasa macam nak buang air besar.Pergi toilet tapi tak keluar2 juga.
4 a.m - ke toilet juga tapi still sama tak keluar2.
5 a.m - time ni dah memang memulas kuat skit..masuk toilet dah keluar darah.Kejutkan En.Botak ajak pergi spital. Dalam perjalanan tak rasa sakit..ok ajer.Time ni konpius sebab takot sakit main2.Uwan Tim pon follow sekali sebab excited kot nak dapat chocho.
6 a.m - Nurse check CTG (rasanya sebab dah lupa..) pastu tengok bukaan jalan dah 3cm Disebabkan wad kat Az-Zahra dah penuh terpaksa la check in terus ke labour room. Nasib baik tinggal 1 je lagi bilik tu, kalau tak terpaksa balik rumah. Time ni dah berdebar2 dah. En.Botak dan Uwan Tim jaga bergilir gilir.
7 a.m - Nurse datang check. Bukaan dah 4cm. Doc minta kebenaran nak cepatkan masa sebab labour room memang dah penuh dan risau Q panjang sebab time aku ni ramai sangat pulak nak beranak. So dia masukkan air apa ntah nak cepatkan proses kelahiran. Oh ya lupa nak bagitau dekat Azzahra ni aku selalu checkup dengan Dr.Mashitah. Alhamdulillah selesa dan puas hati dengan layanan dan cara kerja Dr ni. So sesapa yang nak bersalin kat sini boleh la dengan dia.
8 a.m - Minta maaf sebab dah lama sangat so time pon ingat2 lupa ya. Dr pecahkan air ketuban. Nurse still ada nak ikut perkembangan aku. Duk ajar cara dan nasihat. Siap bacakan doa, urut2 kan badan. Disuruhnya mengiring kekiri dan kekanan supaya bukaan cepat terbuka.
9 a.m - 12 p.m
Time ni still En.Botak dan Uwan Tim bergilir2 jaga aku. En Botak belikan nasi lemak tapi still tak lalu nak makan sebab perasaan cemas,takut, suka semua dah bercampur baur. Aku just makan kurma nak bagi tenaga untuk meneran nanti. Time ni sakitnya Allah je la yang tahu. Nak hujung2 tu sakitnya selang 2 minit, time ni dah berpeluh siap ambil tangan En.Botak nak gigit. En.Botak redha je bila bini dia gigit. Time ni memang dah tak tertahan rasanya. Minta En.Botak panggil doc sebab rasa kepala baby dah nak terkeluar and doc check memang bukaan dah buka sepenuhnya. Doc Masyita & 4 nurse tak silap aku dah standby nak sambut baby. Tapi disini aku fail sebab tak pandai main nafas dan meneran. Lama jugalah siap depa ajarkan cara yang betul and Doc minta aku pegang rambut baby untuk naikkan semangat aku sebab lama sangat. Bila pegang tu satu perasaan timbul, Ya Allah!!! menitik air mata time ni. dan dengan penuh semangat aku meneran..
Alhamdulillah tepat jam 12 pm permata hati kami ni keluar dengan selamat. Bila terdengar suara dia menangis hati menjadi sayu sangat2.